Halaman

Jumaat, 9 Mei 2014

Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub

Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub

Beliau telah mengasaskan pemerintahan Sarawak yang berkesan dan berjaya dengan agenda pembangunan untuk semua golongan rakyat tanpa memingirkan rakyat minority. Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1928.Tun Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Jepak, Bintulu dalam keluarga Melanau yang sederhana. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Anchii di Miri dan beliau kemudian di hantar ke sekolah Madrasah al Junid di Singapura. Di sekolah inilah, beliau belajar pelbagai perkara, mendapat pemikiran baru tentang perjuangan dan latihan kepimpinan. Setelah tamat perang Dunia Kedua, beliau menyambung hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan lulus sebagai Barrister-at-Law dari Lincoln’s Inn. Beliau kembali ke Sarawak dan diterima berkhidmat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kehakiman Sarawak antara tahun 1959 hingga 1963. 


Tun Abdul Rahman meletakkan jawatan daripada perkhidmatan awam untuk bergiat cergas dalam bidang politik sepenuh masa. Oleh kerana bakat beliau yang menyerlah dan yakin dengan peranan yang dapat beliau mainkan dalam mengeratkan hubungan antara Semenanjung dan Sarawak, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, telah melantik beliau sebagai Menteri Muda Pembangunan Luar Sarawak, walaupun beliau kalah dalam pilihanraya Sarawak tahun 1963. Selepas pilihanraya 1965, Tun Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Tanah dan Galian dan beliau memperkenalkan Kanun Tanah Negara. Selepas menang dalam pilihanraya 1969, beliau dilantik pula ke jawatan yang lebih kanan iaitu Menteri Pelajaran. Tugasan pertama beliau adalah melaksanakan peralihan bahasa pengantar daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu secara berperingkat peringkat melalui penggubalan Dasar Pelajaran Kebangsaan.

 Dengan sokongan teguh dan penyeliaan beliaulah Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 dan sekolah sains berasrama penuh didirikan di kawasan-kawasan luar Bandar. Pada Julai 1970, Tun Abdul Razak yang pada itu masih lagi Timbalan Perdana Menteri telah melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak setelah mendapat kebenaran Perdana Menteri. Menyandang jawatan tersebut, Tun Abdul rahman menghadapi tiga ujian utama iaitu menstabilkan politik Sarawak. Selama 10 tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak, beliau berjaya menyelesaikan ketiga tiga amanah besar tersebut yang untuk menyediakan satu asas yang teguh bagi Sarawak menikmati keamanan dan pembangunan hingga ke hari ini.

Dalam melaksanakan tugasannya sebagai Ketua Menteri, Tun Abdul Rahman telah memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Yayasan Sarawak(1971), Unit Perancangan Ekonomi Sarawak(1972) dan juga Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak(1973). Beliau juga bertanggungjawab membangunkan pusat pentadbiran negeri yang baru di Petra Jaya. Tun Abdul Rahman memenangi kerusi kawasan Paloh, negeri Sarawak, dalam pilihanraya Umum Malaysia 1978 yang merupakan pilihanraya terakhir beliau apabila meletakkan jawatan pada tahun 1981 atas sebab kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...