1920 – 1976
Tun Hj
Mohamed Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Stephens memainkan peranan
penting dalam urusan kemasukan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun 1963. Beliau
memegang jawatan Ketua Menteri sebanyak dua kali iaitu 1963-1964 dan 1976.
Ketika memegang jawatan sebagai Ketua Menteri bagi kali kedua itulah, beliau
terlibat dalam tragedy malang apabila kapal terbang yang dinaikinya ketika
lawatan ke kawasan terhempas dan mengorbankan beliau dengan beberapa orang
Menteri Sabah.
Beliau
dilahirkan pada 14 September 1920, berdarah kacukan kadazan British(sebelah
bapa) dan Jepun-British(sebelah ibu) mendapat pendidikan awal di Sekolah Lelaki
St.Mary Sandakan. Seorang yang aktif dan cepat mesra dengan rakan sejak zaman
persekolahan. Tun merupakan penulis yang memperjuangkan masyarakat setempatnya
dan tidak pernah jemu membantu orang kampung. Beliau melihat seluruh masyarakat
peribumi Sabah memerlukan pembelaan sewajarnya. Melalui tulisan dalam ‘North
Borneo’ beliau telah membongkar kepincangan pentadbiran British di Sabah dan
dasar dasar yang dianggap menindas masyarakat peribumi.
Pada tahun
1953, beliau menubuhkan akhbar sendiri iaitu The Sabah Times dan sejak itu
beliau menjadikan akhbarnya sebagai wasilah perjuangan bagi menyedarkan
masyarakat anak bangsanya. Ini menyebabkan hubungan beliau dengan masyarakat,
rakyat dan golongan kelas atasan bertambah erat. Beliau juga turut memuatkan
pelbagai rencana mengenai kebudayaan kehidupan masyarakat Kadazan yang antara
lain menceritakan tentang tradisi, kebudayaan dan juga penindasan yang dialami
di negeri sendiri.
Beliau
menjalin hubungan yang erat dengan Tunku abdul Rahman dan beliau juga yang
mengistiharkan Hari Malaysia sebaik sahaja Perjanjian Malaysia dimeterai di
Kota Kinabalu. Jasa dan sumbangan beliau dalam menjalinkan hubungan baik dengan
pemimpin semenanjung memang cukup besar.
Pda 1964,
beliau merupakan Menteri Sabah yang pertama dilantik menganggotai cabinet
Persekutuan Tanah Melayu mengantikan Peter Lo Sui Yin dari Parti Sabah Chinese
Association. Beliau menjadi Menteri Jabatan Perdana Menteri yang
bertanggungjawab terhadap hal ehwal dan kebajikan Negeri Sabah. Pada tahun 1973
beliau dilantik ke jawatan tertinggi Sabah sebagai Gabenor(kini dikenali
sebagai Yang Di Pertua Negeri) sehingga tahun 1975.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan