1918 - 1995
Tun Datu
Haji Mustapha Bin Datu Harun merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan
Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau digelar ‘Bapa Kemerdekaan Sabah’ dan ‘Bapa
Pembangunan Sabah’. Dilahirkan pada 31 Julai 1918 di kampong Limau-Limauan,
Kudat Sabah. Beliau adalah anak keempat daripada 9 adik beradik kepada pasangan
datu Harun Bin Datu Nasaruddin dan Norani Binti Abdul Rahim.
Tun Datu
Mustapha menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St James, Kudat. Dalam
pendidikan tinggi, beliau telah mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan
Industri Luar Bandar dari tahun 1951 – 1952 di Serdang Selangor. Pada tahun
1959, beliau menyertai kursus bahasa Inggeris dan Politik di England.
Bakat
kepimpinan dan kerjaya Tun Datu Haji Mustahpa bermula apabila beliau dilantik
sebagai Ketua Anak Negeri Daerah Kudat dan Pemungut Cukai Candu pada 1 Februari
1937. Semasa perang dunia kedua, beliau berkhidmat dalam Bahagian Perkhidmatan
Perisikan Rahsia bermula daripada pangkat prebet, Sarjan dan Leftenen pada 5
april 1945. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Kapten gerila British di
Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonal R.G.P.N Comber, Bekas Pegawai Daerah
Kota Belud. Sekembalinya British selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyandang
jawatan Ketua Anak Negeri Kelas I membawa gelaran Orang Kaya-Kaya(OKK)
Beliau
melihat masa depan Sabah lebih terjamin jika Sabah menyertai Malaysia. Untuk
tujuan mendapatkan sokongan politik orang Melayu, Tun Datu Mustapha bersama-
sama Datu Mohd Said Keruak dan Tun Sakaran Dandai telah mengasaskan United
Sabah National Organization (USNO) berasaskan kepada model UMNO di semenanjung
dengan beberapa perubahan yang disesuaikan untuk masyarakat di Sabah. Pada 23
Disember 1961, Tun Datu Mustapha menjadi Presiden USNO pertama di Kudat yang
merupakan parti berbilang kaum dan menyokong sepenuhnya penubuhan Malaysia. Di
bawah pimpinan beliau, keahlian USNO mencecah 60,000 orang dan mencadangkan
Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Sabah. Sebaik
sahaja Malaysia dibentuk pada 1963, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua
Negeri Sabah selama 2 tahun sebelum menyerahkan kepada Tun Pangiran Ahmad
Raffae. Beliau kembali menjadi Ketua Menteri Sabah (1965 – 1973)
Beliau
berusaha mengukuhkan kedudukan orang Melayu Sabah termasuk merangka Perkara 20
yang menjamin Sabah sebagai sebuah negeri berautonomi dengan gagasan Malaysia.
Pada tahun 1969, Tun Datu Mustapha menobatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi Sabah mengantikan bahasa inggeris. Serentak dengan itu juga beliau telah
mengintegrasikan sistem pendidikan Sabah ke dalam sistem pendidikan kebangsaan.
Tun Datu Mustapha turut bertanggungjawab menjadikan Bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar di sekolah sekolah di Sabah secara berperingkat peringkat
antara tahun 1967 – 1975. Pada tahun 1971 Tun Datu Mustapha telah menjadikan
agama Islam sebagai agama rasmi Sabah. Dalam masa yang sama beliau turut
melancarkan United Sabah Organization (USIA) dalam menambah bilangan pengabut
agama Islam di Sabah. Beliau telah terpilih menerima pingkat Seri Maharaja
Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kerana jasa jasa beliau terhadap
Malaysia khususnya Sabah Negeri Dibawah Bayu.
Salah Satu Terma & Syarat 20 Perkara yang menJAMIN Sabah sebagai sebuah WILAYAH berAUTONOMI dengan gagasan Malaysia adalah = Jawatan Ketua Negara Sabah HARUSlah dikenali dan dipanggil atau disebut sebagai '' Yang Di-Pertua Negara '' dan BUKANNYA 'Yang Di-Pertua Negeri' seperti mana yang tersebut dlam blog anda ini. Ini JELAS menunjukkan Pemimpin Persekutuan Tanah Melayu ( yang turut dikenali oleh masyarakat antarabangsa di seluruh dunia sebagai Malaya pada ketika itu sebelum 31 Ogos 1957 dan kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia) adalah pemimpin yang TIDAK IKHLAS malahan telah mencabuli dan mengkhianati terhadap 20 Perkara yang dikemukakan oleh semua pemimpin Sabah ketika itu yang telah pun dipersetujui bersama-sama.
BalasPadamTQ,TANPA NAMA.
BalasPadam