Halaman

Khamis, 3 April 2014

Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman

Datuk Dr. Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman

1936 - 2001

Pada tahun 1977, beliau merupakan tenaga pengerak kepada penubuhan Unit Pembedahan Jantung yang pertama di Malaysia, dan menjadi mentor kepada pakar-pakar jantung yang dihasilkan kemudiannya melalui tunjuk ajar dan kepakaran beliau di Unit Kardiologi, Hospital Kuala Lumpur yang menjadi hospital pelatih kepada pelajar-pelajar fakulti perubatan pada ketika itu.

Disebalik senyum manis dan kelembutannya, beliau merupakan doctor pakar kardiologi yang amat berwibawa dan tegas ketika mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman. Bagi beliau, bidang kardiologi perlu dikembangkan dengan kemudahan yang baik agar setaraf dengan negara-negara maju dan memberi manfaat kepada masyarakat yang amat memerlukan rawatan jantung. Negara perlu melahirkan ramai pakar pembedahan jantung untuk menampung keperluan masyarakat terhadap rawatan dan khidmat kepakaran berkaitan kardiologi.

Kisah ketokohannya menjadi perangsang kepada ramai doktor muda agar benar-benar menjadi seorang doktor pakar yang bukan sahaja atas kecemerlangan peribadi tetapi memberi khidmat bakti kepada anggota masyarakat yang memerlukan, tambahan pula penyakit jantung antara penyakit yang sering berlaku di negara kita.


Beliau merupakan anak kelahiran Kg.Banggol, Kota Bahru, Kelantan pada 21 Januari 1942 dan meninggalkan dunia dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Karak pada 29 Oktober 2007. Kisah tragis kehilangannya memang sukar dipadamkan daripada ingatan seluruh rakyat Malaysia. Kita telah kehilangan sebutir permata yang amat bernilai dalam pembangunan bidang kardiologi negara.

Setelah menamatkan pengajian perubatannya pada tahun 1968 di Universiti Monash Australia, beliau kembali ke tanah air untuk berkhidmat dengan beberapa jabatan kerajaan sebagai pegawai perubatan di unit Kardiologi sebelum menjadi doctor pakar bedah jantung yang terkenal. Bukan sahaja kecekapan dan kejituan penelitiannya terhadap pesakit, sikap ramah dan mesranya juga membuat beliau seorang yang amat disenangi.

Pada tahun 1980, beliau menjadi amat terkenal setelah berjaya membentangkan penemuannya dalam pembedahan jantung dalam persidangan Kardiologi Sedunia di Moscow Russia. Nama beliau disebut antara pakar kardiologi Asia yang paling berwibawa.

Selepas menamatkan perkhidmatannya dengan kerajaan, Datuk Nik Zainal meneruskan kerjayanya dalam bidang perubatan sebagai konsultan kardiologi di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur kemudian berpindah menjadi pakar bedah jantung di Hospital Gleneagles Jalan Ampang Kuala Lumpur. Rakan beliau, pakar bedah jantung Datuk Dr Rozali Wathooth mengangap beliau sebagai seorang pakar jantung negara yang tiada ganti. Datuk Dr Nik Zainal merupakan salah seorang pakar yang terlibat dalam pembedahan pintasan koronari yang pertama di Malaysia pada 22 Oktober 1982 bersama sepasukan pakar bedah yang turut dianggotai oleh Dr Rozali.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, kehilangan Dr Nik Zainal dirasai oleh seluruh warga perubatan kerana beliaulah pencetus perkembangan dan pembangunan dalam bidang pembedahan jantung di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican juga menyifatkan Datuk Dr Nik Zainal sebagai pakar kardiologi yang superior sehingga berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia. Selain itu, kepakaran beliau menjulang nama Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai sebuah hospital pakar jantung yang terkemuka di Malaysia. nama Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman akan terus terpahat dalam lipatan sejarah perubatan negara sebagai tokoh yang banyak berjasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...