Halaman

Rabu, 2 April 2014

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

1961
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood telah mengangkat kerja-kerja kemanusiaan dan khidmat sukarela menjadi suatu komitmen yang menyeluruh dan mengatasi sempadan geografi. Melalui pertubuhan MERCY Malaysia, kerja-kerja sukarela yang dilakukannya memberikan tumpuan kepada pelarian mangsa perang dan mangsa bencana alam.



Beliau mengetui delegasi MERCY Malaysia untuk memberi bantuan kemanusiaan bukan hanya dalam bentuk bantuan makanan, pakaian tetapi juga khidmat perubatan, malahan mendirikan klinik dan sekolah. Jasa beliau sangat besar sehingga secara tidak langsung telah mengharumkan nama negara di mata dunia. Tan Sri Dr Jemilah dan delegasi MERCY Malaysia antara yang paling banyak menyumbang dan menabur bakti di wilayah Acheh Darulsalam yang teruk dilanda bencana alam Tsunami, dengan mendirikan pusat Kesihatan, Pusat Perlindungan Awam dan memperbaiki banyak prasarana yang musnah. Sepanjang penglibatan di wilayah yang dilanda bencana itu, MERCY Malaysia berjaya menyelesaikan projek pembangunan dan pemulihan berjumlah RM18.5juta. Atas kesungguhan dan usaha gigihnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pernah melantik beliau sebagai Chief Humanitarian Response Branch, United Nations Population Fund.

Dr Jemilah merupakan bekas pelajar Sekolah Perempuan Assunta, Petaling Jaya dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya memperolehi Sarjana dalam bidang obstetrik dan ginekologi pada tahun 1986. Beliau juga menjadi ahli Persatuan Obstetrik DiRaja UK pada tahun 1991. Beliau pernah menjadi fellow Kolej Di Raja Obstetrik dan Ginekologi Uk pada tahun 2004. Sekembalinya ke Malaysia, beliau terus dilantik sebagai perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Kuala Lumpurdan berkhidmat sebagai pensyarah Obstetrik dan Ginekologi di Falkulti Perubatan UKM sehingga tahun 1995.


Dr Jemilah menjadi model "Doktor Tanpa Sempadan". Biarpun wajahnya nampak lembut, tetapi hatinya waja bertenaga, tidak mengenal erti putus asa. Melalui MERCY, beliau bersama-sama menjalankan khidmat kemanusian bagi memberi harapan kepada mangsa-mangsa bencana dan mereka yang mengalami trauma. Pada tahun 2008, beliau menjadi salah seorang daripada 16 orang yang terpilih sebagai penasihat kumpulan kepada Central Emergency Response Fund.

Sumbangan dan jasa beliau telah mendapat perhatian pemimpin negara dan mendapat pengiktirafan dunia malah turut merangsang badan bukan kerajaan lain untuk menyumbang dan memberi khidmat yang sama. Berdasarkan sumbangan itu, beliau dianugerahkan Dato' Paduka Mahkota Perak(DPMP) daripada DYMM Sultan Azlan Shah. Beliau juga dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara(PJN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.  Disamping itu pada tahun 2006 beliau merupakan penerima Anugerah Gandhi, King, Ikeda yang disampaikan oleh Martin Luther King Jr. International Chapel di morehouse College, Amerika Syarikat yang menghargai sumbangan terhadap kemanusiaan tanpa keganasan. Terkini beliau telah dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Lembaga Agensi Sukarela Antarabangsa(ADRRN). Segala jasa dan perjuangan ikhlas beliau mendapat sanjungan dan pujian yang turut menjulang nama negara di persada antarabangsa.

Walaupun pernah mengalami pelbagai pengalaman ngeri sepanjang misi beliau khusunya semasa mengetuai misi kemanusian MERCY ke Iraq apabila beliau tercedera terkena tembakan sementara dua ahli kumpulan beliau terbunuh, namun tidak sedikit pun melahirkan rasa gerun dihati beliau malahan, Dr Jemilah masih tegar meneruskan bantuan kemanusian kepada sesiapa yang memerlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...