Halaman

Khamis, 15 Mei 2014

Tun Datu Haji Mustafa Datu Harun

Tun Datu Haji Mustafa Datu Harun

1918 - 1995

Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau digelar ‘Bapa Kemerdekaan Sabah’ dan ‘Bapa Pembangunan Sabah’. Dilahirkan pada 31 Julai 1918 di kampong Limau-Limauan, Kudat Sabah. Beliau adalah anak keempat daripada 9 adik beradik kepada pasangan datu Harun Bin Datu Nasaruddin dan Norani Binti Abdul Rahim.
Tun Datu Mustapha menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St James, Kudat. Dalam pendidikan tinggi, beliau telah mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar dari tahun 1951 – 1952 di Serdang Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus bahasa Inggeris dan Politik di England.

Bakat kepimpinan dan kerjaya Tun Datu Haji Mustahpa bermula apabila beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri Daerah Kudat dan Pemungut Cukai Candu pada 1 Februari 1937. Semasa perang dunia kedua, beliau berkhidmat dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia bermula daripada pangkat prebet, Sarjan dan Leftenen pada 5 april 1945. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonal R.G.P.N Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sekembalinya British selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyandang jawatan Ketua Anak Negeri Kelas I membawa gelaran Orang Kaya-Kaya(OKK)

Beliau melihat masa depan Sabah lebih terjamin jika Sabah menyertai Malaysia. Untuk tujuan mendapatkan sokongan politik orang Melayu, Tun Datu Mustapha bersama- sama Datu Mohd Said Keruak dan Tun Sakaran Dandai telah mengasaskan United Sabah National Organization (USNO) berasaskan kepada model UMNO di semenanjung dengan beberapa perubahan yang disesuaikan untuk masyarakat di Sabah. Pada 23 Disember 1961, Tun Datu Mustapha menjadi Presiden USNO pertama di Kudat yang merupakan parti berbilang kaum dan menyokong sepenuhnya penubuhan Malaysia. Di bawah pimpinan beliau, keahlian USNO mencecah 60,000 orang dan mencadangkan Islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Sabah. Sebaik sahaja Malaysia dibentuk pada 1963, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah selama 2 tahun sebelum menyerahkan kepada Tun Pangiran Ahmad Raffae. Beliau kembali menjadi Ketua Menteri Sabah (1965 – 1973)


Beliau berusaha mengukuhkan kedudukan orang Melayu Sabah termasuk merangka Perkara 20 yang menjamin Sabah sebagai sebuah negeri berautonomi dengan gagasan Malaysia. Pada tahun 1969, Tun Datu Mustapha menobatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Sabah mengantikan bahasa inggeris. Serentak dengan itu juga beliau telah mengintegrasikan sistem pendidikan Sabah ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Tun Datu Mustapha turut bertanggungjawab menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di sekolah sekolah di Sabah secara berperingkat peringkat antara tahun 1967 – 1975. Pada tahun 1971 Tun Datu Mustapha telah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi Sabah. Dalam masa yang sama beliau turut melancarkan United Sabah Organization (USIA) dalam menambah bilangan pengabut agama Islam di Sabah. Beliau telah terpilih menerima pingkat Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kerana jasa jasa beliau terhadap Malaysia khususnya Sabah Negeri Dibawah Bayu.

2 ulasan:

  1. Salah Satu Terma & Syarat 20 Perkara yang menJAMIN Sabah sebagai sebuah WILAYAH berAUTONOMI dengan gagasan Malaysia adalah = Jawatan Ketua Negara Sabah HARUSlah dikenali dan dipanggil atau disebut sebagai '' Yang Di-Pertua Negara '' dan BUKANNYA 'Yang Di-Pertua Negeri' seperti mana yang tersebut dlam blog anda ini. Ini JELAS menunjukkan Pemimpin Persekutuan Tanah Melayu ( yang turut dikenali oleh masyarakat antarabangsa di seluruh dunia sebagai Malaya pada ketika itu sebelum 31 Ogos 1957 dan kini dikenali sebagai Semenanjung Malaysia) adalah pemimpin yang TIDAK IKHLAS malahan telah mencabuli dan mengkhianati terhadap 20 Perkara yang dikemukakan oleh semua pemimpin Sabah ketika itu yang telah pun dipersetujui bersama-sama.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...