Halaman

Jumaat, 16 Mei 2014

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens

1920 – 1976

Tun Hj Mohamed Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Stephens memainkan peranan penting dalam urusan kemasukan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun 1963. Beliau memegang jawatan Ketua Menteri sebanyak dua kali iaitu 1963-1964 dan 1976. Ketika memegang jawatan sebagai Ketua Menteri bagi kali kedua itulah, beliau terlibat dalam tragedy malang apabila kapal terbang yang dinaikinya ketika lawatan ke kawasan terhempas dan mengorbankan beliau dengan beberapa orang Menteri Sabah.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1920, berdarah kacukan kadazan British(sebelah bapa) dan Jepun-British(sebelah ibu) mendapat pendidikan awal di Sekolah Lelaki St.Mary Sandakan. Seorang yang aktif dan cepat mesra dengan rakan sejak zaman persekolahan. Tun merupakan penulis yang memperjuangkan masyarakat setempatnya dan tidak pernah jemu membantu orang kampung. Beliau melihat seluruh masyarakat peribumi Sabah memerlukan pembelaan sewajarnya. Melalui tulisan dalam ‘North Borneo’ beliau telah membongkar kepincangan pentadbiran British di Sabah dan dasar dasar yang dianggap menindas masyarakat peribumi.

Khamis, 15 Mei 2014

Tun Datu Haji Mustafa Datu Harun

Tun Datu Haji Mustafa Datu Harun

1918 - 1995

Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan Ketua Menteri Sabah ketiga. Beliau digelar ‘Bapa Kemerdekaan Sabah’ dan ‘Bapa Pembangunan Sabah’. Dilahirkan pada 31 Julai 1918 di kampong Limau-Limauan, Kudat Sabah. Beliau adalah anak keempat daripada 9 adik beradik kepada pasangan datu Harun Bin Datu Nasaruddin dan Norani Binti Abdul Rahim.
Tun Datu Mustapha menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan St James, Kudat. Dalam pendidikan tinggi, beliau telah mengikuti kursus pertanian Lembaga Kemajuan Industri Luar Bandar dari tahun 1951 – 1952 di Serdang Selangor. Pada tahun 1959, beliau menyertai kursus bahasa Inggeris dan Politik di England.

Bakat kepimpinan dan kerjaya Tun Datu Haji Mustahpa bermula apabila beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri Daerah Kudat dan Pemungut Cukai Candu pada 1 Februari 1937. Semasa perang dunia kedua, beliau berkhidmat dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia bermula daripada pangkat prebet, Sarjan dan Leftenen pada 5 april 1945. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonal R.G.P.N Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sekembalinya British selepas Perang Dunia Kedua, beliau menyandang jawatan Ketua Anak Negeri Kelas I membawa gelaran Orang Kaya-Kaya(OKK)

Jumaat, 9 Mei 2014

Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub

Tun Datu Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub

Beliau telah mengasaskan pemerintahan Sarawak yang berkesan dan berjaya dengan agenda pembangunan untuk semua golongan rakyat tanpa memingirkan rakyat minority. Beliau dilahirkan pada 3 Januari 1928.Tun Abdul Rahman dilahirkan di Kampung Jepak, Bintulu dalam keluarga Melanau yang sederhana. Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Anchii di Miri dan beliau kemudian di hantar ke sekolah Madrasah al Junid di Singapura. Di sekolah inilah, beliau belajar pelbagai perkara, mendapat pemikiran baru tentang perjuangan dan latihan kepimpinan. Setelah tamat perang Dunia Kedua, beliau menyambung hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan lulus sebagai Barrister-at-Law dari Lincoln’s Inn. Beliau kembali ke Sarawak dan diterima berkhidmat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Kehakiman Sarawak antara tahun 1959 hingga 1963. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...