Halaman

Jumaat, 4 April 2014

Datuk Dr. Mazlan Othman

Datuk Dr Mazlan

Nama beliau terkenal di Malaysia terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kajian astronomi negara. Selain itu, satu perkara yang paling membanggakan tentang Datuk Dr Mazlan ialah beliau merupakan satu-satunya wanita dalam bidang astronomi dan profesional astrofizik di negara kita. Di luar negara, beliau telah dilantik sebanyak dua kali sebagai Ketua Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA)

Khamis, 3 April 2014

Datuk Dr Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman

Datuk Dr. Nik Zainal Abidin Nik Abdul Rahman

1936 - 2001

Pada tahun 1977, beliau merupakan tenaga pengerak kepada penubuhan Unit Pembedahan Jantung yang pertama di Malaysia, dan menjadi mentor kepada pakar-pakar jantung yang dihasilkan kemudiannya melalui tunjuk ajar dan kepakaran beliau di Unit Kardiologi, Hospital Kuala Lumpur yang menjadi hospital pelatih kepada pelajar-pelajar fakulti perubatan pada ketika itu.

Disebalik senyum manis dan kelembutannya, beliau merupakan doctor pakar kardiologi yang amat berwibawa dan tegas ketika mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman. Bagi beliau, bidang kardiologi perlu dikembangkan dengan kemudahan yang baik agar setaraf dengan negara-negara maju dan memberi manfaat kepada masyarakat yang amat memerlukan rawatan jantung. Negara perlu melahirkan ramai pakar pembedahan jantung untuk menampung keperluan masyarakat terhadap rawatan dan khidmat kepakaran berkaitan kardiologi.

Kisah ketokohannya menjadi perangsang kepada ramai doktor muda agar benar-benar menjadi seorang doktor pakar yang bukan sahaja atas kecemerlangan peribadi tetapi memberi khidmat bakti kepada anggota masyarakat yang memerlukan, tambahan pula penyakit jantung antara penyakit yang sering berlaku di negara kita.

Rabu, 2 April 2014

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood

1961
Tan Sri Dr Jemilah Mahmood telah mengangkat kerja-kerja kemanusiaan dan khidmat sukarela menjadi suatu komitmen yang menyeluruh dan mengatasi sempadan geografi. Melalui pertubuhan MERCY Malaysia, kerja-kerja sukarela yang dilakukannya memberikan tumpuan kepada pelarian mangsa perang dan mangsa bencana alam.

Selasa, 1 April 2014

Tan Sri Dr. Zetti Akhtar Aziz

Tan Sri Dr Zeti Akhtar

1947
Y.M Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar Binti Ungku Abdul Aziz menjadi wanita pertama menyandang jawatan paling terkemuka dalam dunia perbankan negara iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia. Anak tunggal kepada tokoh ilmuwan terkenal, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan tokoh budayawan negara, Sharifah Azah Aziz ini dianugerahkan dengan kebijaksanaan yang diwarisi daripada kedua orang tuanya menjadikan beliau seorang yang sangat berjaya dalam bidang yang diceburinya. Beliau juga digelar sebagai pemimpin kewangan negara dan telah menjadi salah seorang wanita yang paling berkuasa di Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...