1920 – 1976
Tun Hj
Mohamed Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Stephens memainkan peranan
penting dalam urusan kemasukan Sabah ke dalam Malaysia pada tahun 1963. Beliau
memegang jawatan Ketua Menteri sebanyak dua kali iaitu 1963-1964 dan 1976.
Ketika memegang jawatan sebagai Ketua Menteri bagi kali kedua itulah, beliau
terlibat dalam tragedy malang apabila kapal terbang yang dinaikinya ketika
lawatan ke kawasan terhempas dan mengorbankan beliau dengan beberapa orang
Menteri Sabah.
Beliau
dilahirkan pada 14 September 1920, berdarah kacukan kadazan British(sebelah
bapa) dan Jepun-British(sebelah ibu) mendapat pendidikan awal di Sekolah Lelaki
St.Mary Sandakan. Seorang yang aktif dan cepat mesra dengan rakan sejak zaman
persekolahan. Tun merupakan penulis yang memperjuangkan masyarakat setempatnya
dan tidak pernah jemu membantu orang kampung. Beliau melihat seluruh masyarakat
peribumi Sabah memerlukan pembelaan sewajarnya. Melalui tulisan dalam ‘North
Borneo’ beliau telah membongkar kepincangan pentadbiran British di Sabah dan
dasar dasar yang dianggap menindas masyarakat peribumi.