Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

Tan Sri Dr. B.C. Sekhar


1929 - 2006
Beliau dilahirkan pada 16 November 1929. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai pakar kimia di Institut Penyelidikan Getah Malaysia(RRIM) dan mengetuai pelbagai penyelidikan terutamanya perubahan fisio kimia dalam getah asli. Beliau telah berjaya menukar institut ini sebagai  badan penyelidikan yang aktif berwibawa dan mempunyai kredibiliti.

Tan Sri Sekhar merupakan anak Malaysia pertama diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Getah Malaysia(RRIM) pada tahun 1966 kemudian menjadi Ahli Lembaga
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Getah dan Penyelidikan Kawalan Getah. Di bawah kepimpinannya, RRIM dan agensinya iaitu Pusat Penyelidikan Getah Tun Abdul Razak di Hertford,Britian dan Lembaga getah Malaysia(MRB) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana kecemerlangan penyelidikannya, permodenan industri perladangan getah dan langkah promosi berterusan serta menarik masyarakat tentang penggunaan Getah. Disamping itu, beliau turut aktif menyumbang peranan dalam MARDI(Malaysian Agriculture Research and Development Institut) dan Pusat Perkembangan Getah Malaysia.

Tan Sri Sekhar adalah seorang yang bertanggungjawab mempekenalkan standard pengukuran Getah Malaysia melalui pemprosesan getah keping berkualiti sehingga berjaya mencipta nilai tinggi bagi komoditi tersebut dan mendapat permintaan di pasaran Dunia yang dikenali sebagai SMR. Dalam kancah antarabangsa , nama beliau terkenal sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan dan Penyelidikan Getah Antarabangsa (IRRDB). Di bawah kepimpinannya, keahlian Lembaga ini bertambah dengan pesat. Organisasi ini juga terlibat melaksanakan pelbagai penyelidikan yang diperakukan dan diiktiraf. Idea dan kepintaran beliau dalam meningkatkan kualiti getah asli serta industri hilirannya serta daya kreativiti dan inovasi beliau berhubung kitaran semula kawasan getah (delink) dan penghasilan getah asli rendah protein yang berjaya menyelesaikan masalah alergik terhadap getah dan kain berasaskan getah.

Selain jasanya dalam perusahaan komoditi getah, beliau juga bertanggungjawab menyusun urus penubuhan Institut Pneyelidikan Kepala Sawit Malaysia(PORIM) dan menjadi pengerusi yang pertama. Sebagai sebuah institut yang berasaskan penyelidikan,PORIM dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Bahagian Kimia dan Teknologi, Bahagian Biologi dan Bahagian Techo-Economi dan perkhidmatan Penasihat Teknik semasa di bawah selian beliau. Menteri Perusahaan Utama Dato' Paul Leong melantik beliau sebagai Pengerusi PORIM yang pertama dan Dr.C.C Webster sebagai Ketua Pengarah PORIM yang pertama. Jesteru, beliau boleh dikatakan sebagai ikon penting dalam pembangunan kedua-dua komoditi utama tersebut.

Tan Sri Dr.B.C Sekhar telah dipilih sebagai salah seorang saintis Asia paling efektif(1973) dan menerima anugerah Roman Magsaysay dari kerajaan Filipina. Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran Tan Sri. Beliau meninggal akibat serangan jantung pada 6 September 2006 di Hospital Kallayappa, Chennai India ketika berusia 77 tahun. Anak sulung beliau Datuk Vinod Sekhar telah membina monumen Tan Sri Dr.B.C Sekhar dan menubuhkan Yayasan Sekhar yang bergerak cergas di bidang sosial dan hubungan etnik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...