Halaman

Khamis, 6 Mac 2014

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

.
1932
Selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan, beliau meneruskan pejuangan dalam bidang pentadbiran korporat. Kewibawaan beliau sebagai seorang tokoh korporat terbukti setelah mendapat pengiktirafan apabila dianugerahi sebagai Pengarah Terbaik 1999 oleh institut Pengarah-Pengarah Malaysia. Pada tahun yang sama, Tun juga dianugerahkan sebagai tokoh Ma’al Hijrah kerana sumbangannya dalam pengurusan

Hal Ehwal Islam.

Kerajaan telah member mandat kepada Tun Ahmad Sarji untuk menyusun semula pentadbiran dan struktur Hal EHwal Islam Jabatan Perdana Menteri dan mewujudkan Perkhidmatan Bersama Pegawai Hal Ehwal Islam dan Perkhidmatan Gunasama Kehakiman Syarie. Ketokohannya diiktiraf oleh beberapa Universiti dan telah memberi Ijazah Kehormat Kedoktoran Sains(Pengurusan) oleh Universiti Utara Malaysia, Kedoktoran dalam Pengurusan Pentadbiran dari University Nottingham-Trent, Doktor Persuratan dari Universiti Malaysia Sarawak dan Kedoktoran Pengurusan dari Universiti Islam Antarabangsa.
Selain itu, beliau juga dipilih oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) sebagai Tokoh Melayu Terbilang ketika ulangtahun UMNO ke-62 pada tahun 2008 yanh diumumkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tokoh ini merupakan anak kelahiran Kampung Batu 3, Tapah Perak dan dilahirkan pada 16 September 1938 merupakan anak pasangan Abdul Hamid Mohd Aroop dan Mahani Hj Sidek. Beliau juga antara anak Melayu yang berjaya mendapat tempat di Universiti Harvard, salah sebuah Universiti Terulung di Dunia.

Ketika melancarkan buku biografi Tun Ahmad Sarji, Attaining Eminence bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Hamid Hj Mohamad menyanjung tinggi segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh Tun ketika negara dan masyarakat sepertimana yang diungkapkannya ;

Dari seorang Pegawai Kerajaan menjadi pegawai tinggi nombor satu negara. Dari penuntut sekolah rendah tapah Perak, menjadi Tokoh Ma’al Hijrah. Sebagai seorang pengamal Undang-undang, saya kenal beliau adalah seorang yang bekerja kuat, dedekasi dan membuat banyak jasa kepada Negara

Melihat akan kejayaan pendidikannya, beliau ternyata seorang anak Melayu yang genius dan perlu diteladani oleh generai muda. Pada peringkat awal beliau bersekolah di Sekolah Melayu Pasir Putih Ipoh, Perak, kemudian pada tahun 1947 hingga 1949 bertukar ke Sekolah Anderson (1956-1957). Sebaik sahaja tamat, beliau menerima tawaran belajar di Universiti Malaya dalam jurusan Sains Sosial.

Selepas menamatkan pengajian di Universiti tempatan, Tun Ahmad Sarji telah mengikuti kursus Diploma Pentadbiran Awam di Institut Kajian Sosial, di The Hague, Belanda (1966-1967) kemudian menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Harvard (1970-1971). Beliau juga menjadi anak Melayu yang mendapat anugerah tertinggi dari Universiti Nottingham-Trent, Doktor Pentadbiran Perniagaan (1995)


Atas kecekapan pentadbiran beliau, Tun Dr Mahathir telah melantiknya sebagai Pengerusi Majlis Perundangan Ekonomi Negara II bagi merangka perancangan ekonomi untuk Dasar Pembangunan Wawasan dan beliau telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Sesungguhnya Tun Ahmad Sarji merupakan contoh terbaik bahawa anak Malaysia mampu meraih kegemilangan dalam dua bidang yang selama ini dianggap tidak akan bertemu iaitu perkhidmatan awam dan bidang korporat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...