Halaman

Isnin, 3 Mac 2014

Tan Sri Razali Ismail


Pada tahun 1989, Tan Sri Razali dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan 77, yang dianggotai oleh 128 buah negara membangun. Beliau juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah International Peace Academy (1989-1990). Pada tahun 1991, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Majlis Ekonomi dan Sosial PBB(ECOSOC) dan bertanggungjawab terhadap usaha menggaitkan semula Majlis itu. Pada tahun 1990 -1992, beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat United Nations Development Programme. Mulai Jun 1990, beliau telah dipertanggungjawab untuk mengetuai delegasi Malaysia ke semua mesyuarat persediaan untuk 'Persidangan Rio' iaitu mesyuarat yang membahaskan isu alam sekitar dunia yang berlangsung pada tahun
1992.

Tan Sri Razali Ismail dilahirkan di Kedah pada 14 April 1939. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid dan Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum mendapat Ijazah Sarjana pertamanya dari Universiti Malaya. 30 tahun perkhidmatannya telah dihabiskan dengan kementerian Luar. Perkhidmatannya yang bermula pada tahun 1962 telah membawa beliau ke puncak tertinggi dalam dunia diplomatik sebagai Presiden Majlis Keselamatan. Beliau merupakan anak Melayu pertama menjawat jawatan tersebut dan memulakan hari pertama tugas beliau dengan memakai baju Melayu lengkap bersongkok. Sebelum bersara dalam perkhidmatan diplomatik, beliau dilantik sebagai penasihat Perdana Menteri dalam hal ehwal luar negara. Setiausaha Agung PBB turut melantik beliau sebagai wakil khas PBB  ke Myanmar untuk menyelesaikan kemelut dalaman negara tersebut.

Tan Sri Razali telah memainkan peranan yang aktif dan berkesan mengetengahkan isu-isu yang penting bagi Malaysia dan negara-negara Selatan. Di persidangan tersebut juga, beliau berjaya menyelaraskan usaha bagi mencapai persetujuan menyeluruh dalam kalangan negara-negara Utara dan Selatan untuk menubuhkan Suruhanjaya mengenai Pembangunan Lestari (Commission on Sustainable Development-CSD). Ketika perhimpunan Agung PBB ke -47 pada Disember 1992, Tan Sri Razali telah dilantik menyelaras pelbagai aspek untuk melaksanakan tindakan lanjut yang perlu hasil persetujuan yang dicapai di Persidangan Rio termasuk usaha untuk menubuhkan CSD. Beliau dilantik sebagai Pengerusi pertama CSD pada 24 Februari 1993. Sebagai menghargai usaha yang aktif dan berkesan di dalam isu ini, beliau telah diberi Anugerah Langkawi pada Oktober 1992.

Beliau terlibat dalam isu yang berkaitan dengan perdamaian dan keselamatan antarabangsa terutama dalam isu-isu tentang Ekonomi dan Pembangunan Antarabangsa, Alam Sekitar, Hak Asasi Manusia dan lain-lain di PBB. Memulakan khidmat di Kementerian Luar Negeri Malaysia pada 1962, serta memegang pelbagai jawatan di Wisma Putra dan berkhidmat di luar negeri, iaitu New Delhi(1963-1964),Madras(1964-1966) dan Paris(1966-1968). Beliau juga berkhidmat sebagai Penasihat Kedutaan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London(1970-1972) dan Kuasa Usaha di Vientian,Loas(1974-1976) Razali dilantik menjadi Duta Malaysia ke Poland(1978-1982) dan Duta Malaysia ke India (1982-1985) sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri(1985-1988) dan banyak lagi.

Sebagai mengenang jasa, beliau dianugerahkan bintang Dato' Setia Di Raja Kedah (DSDK)(1985) dan Panglima Setia Mahkota(ASM)(1991). Selepas bersara dari perkhidmatan diplomatik, beliau turut menyumbang kepakarannya apabila dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Salam, Pemegang Amanah dan Pengerusi Taman Wetland. Beliau turut menyumbang segenap pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada institut pengajian tinggi seperti Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) apabila dilantik menjadi Profesor Adjung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...