Halaman

Selasa, 4 Mac 2014

Tun Mohamed Suffian Hashim

Tun Mohamed Suffian Hashim

1917 - 200
Beliau memulakan zaman persekolahan di Sekolah Melayu di Lenggong dan berpindah ke Sekolah Inggeris Clifford Kuala Kangsar pada usia 11 tahun. Pada usia yang muda Tun telah berjaya mencatat sejarah sebagai anak Melayu pertama yang menerima biasiswa "Queen Scholarship" pada tahun 1935 atas kecemerlangan dalam bidang akademik. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge sehingga berjaya memperolehi 2 Ijazah iaitu Sarjana Muda Undang-Undang(1940) dan Sarjana Muda Sastera(1939). Beliau telah diterima sebagai peguam pada tahun 1942 selepas menamatkan kursus guaman
selama setahun di Bar of the Middle Temple.

Kerjaya dalam bidang kehakiman bermula apabila beliau dipindahkan dari perkhidmatan Awam Malaysia kepada Perkhidmatan kehakiman pada 1 Januari 1949, dan seterusnya berkhidmat sebagai Penasihat Perundangan Negeri Pahang. Di Pahang beliau berkongsi idea untuk melakukan penambahbaikkan dalam bidang perkhidmatan awam sehingga menghasilkan "Suffian Report". Laporan ini berkaitan dengan semakan gaji dan peraturan perkhidmatan awam yang melibatkan 200,000 penjawat awam. Pada tahun 1956, beliau telah dilantik untuk merangka Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya diperakui sebagai undang-undang negara pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan ini mengariskan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Nama Tun Mohamed Suffian begitu gah di alam Melayu sehingga beliau diundang untuk membantu merangka Perlembagaan bagi kerajaan Brunei. Beliaulah individu yang bertanggungjawab membahagikan Mahkamah Malaysia kepad empat iaitu Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo, Mahkamah Sesyen & Mahkamah Majistret.

Berasaskan kewibawaannya, Tun Mohamed Suffian dilantik sebagai "Senior Federal Council" pada tahun 1958. Pada usia yang muda, beliau telah memegang jawatan penting dalam kehakiman negara. Mulai tahun 1959, beliau telah memegang jawatan antaranya ialah peguamcara negara(1959),Hakim Mahkamah Tinggi(1961),Hakim Mahkamah Besar Malaya(1973) dan sebagai Ketua Hakim Negara(1978). Kebolehan beliau tidak hanya terserlah dalam negara tetapi juga bersinar di peringkat antarabangsa dalam menyampaikan idea-idea besar dalam bidang perundangan.

Tun Suffian sangat menghormati pembahagian kuasa pemerintahan negara yang terbahagi kepada tiga cabang utama; Eksekutif, Legislatif dan Judisiari. Sewaktu memimpin Judisiari atau badan kehakiman negara, beliau sangat tegas dalam menegakkan keadilan. Beliau tidak membenarkan kuasa politik atau kuasa lain campur tangan dalam proses penghakiman. Pada tahun 1964, Tun dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaya. Pengalaman dalam bidang perundangan digunakan untuk membentuk dan menjadikan Universiti Malaya sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Satu pasukan kepakaran yang diketuai oleh beliau telah ditubuhkan pada tahun 1968 untuk merangka Perlembagaan Universiti Sains Pulau Pinang dan perlembagaan Universiti Kebangsaan Malaysia(1969) di Bangi Selangor.

Beliau mengarahkan penterjemahan Perlembagaan Negara dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Penulisannya seperti The Legal System of Malaysia and Malaysian Citizenship(1970) and Introduction of the Constitution of Malaysia(1972). Pengiktirafan tertinggi yang diterimanya ialah gelaran "Tun" pada 4 Jun 1974 daripada Yang di-Pertuan Agong. Anugerah lain yang pernah diterima ialah Ahli Pangkuan Negara(1961), Most Distinguished Order of Chivalry (1967). Beliau dianugerahkan Doktor Perundangan daripada Universiti Singapura sebagai mengenang jasa yang begitu banyak dicurahkan dalam masyarakat sehingga tersenarai sebagai salah seorang terbilang dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...